h1

Kesesakan punca batu karang?

21/06/2009
  1. Bila sangkut dalam jem,nak kencing,kena tahan
Case Study
  1. “ENCIK perlu minum banyak air, elak mengambil makanan yang mengandungi sumber protein berlebihan,” demikian kata jururawat muda kepada Azman sebelum dia meninggalkan kaunter farmasi hospital swasta di ibu kota.
  2. Dalam keadaan lemah Azman hanya mengangguk perlahan. Dia baru sahaja dibenarkan pulang setelah ditahan hampir seminggu kerana menjalani pembedahan membuang batu karang bersaiz enam milimeter pada bahagian kiri buah pinggangnya.
  3. Secara peribadi Azman sendiri sudah dapat mengagak kesakitan yang ditanggung sejak dua minggu lalu termasuk kesukaran membuang air kecil, diikuti sakit pada bahagian pinggang, kemungkinan dia diserang penyakit batu karang _ sama seperti penyakit yang dialami ibunya kira-kira dua tahun lalu.
  4. Bimbang perkara sama berulang, Azman mengambil keputusan berjumpa doktor lebih awal kerana setahunya keturunan turut menjadi faktor kepada penyakit itu. Setelah melakukan ujian darah, air kencing dan ujian sinaran X, tepat seperti diramal, doktor mengesahkan terdapat ketulan batu di sebelah kiri buah pinggangnya.
  5. Menurut Pakar Urologi, Hospital Pusrawi Sdn. Bhd., Jalan Tun Razak, Dr. Abdul Rashid Abdul Subahan, penyakit batu karang turut disebabkan faktor keturunan.
  6. Oleh kerana itu adalah tidak mustahil penyakit yang sama dialami ibu Azman sebelum itu, kemungkinan diwarisi Azman.
  7. Gaya hidup keluarga yang suka kepada pengambilan makanan yang terlalu banyak mengandungi asid urik seperti ikan sardin, ikan bilis, limpa, hati dan kerang tidak dinafikan menjadikan peratusan kemungkinan Azman menghidapi penyakit batu karang adalah tinggi.
  8. Membincangkan mengenai bagaimana penyakit batu karang terjadi, Dr. Abdul Rahsid berkata, ia berlaku apabila wujud serpihan kristal kecil yang membentuk ketulan di dalam saluran pundi kencing atau buah pinggang.
  9. Serpihan kristal kecil itu tidak diketahui puncanya, bagaimanapun pengambilan makanan yang mengandungi banyak asid urik dan oxalate merupakan penyebab utama kandungan asid urik bertambah.
  10. “Penambahan kandungan asid urik di dalam badan menyebabkan hablur kecil yang dinamakan kristal lama-kelamaan membentuk batu karang.
  11. “Pesakit batu karang akan mengadu sakit, kencing berdarah dan kerap mengalami jangkitan kuman di sistem aliran kencing. Tempat di mana kesakitan berlaku bergantung kepada tempat batu itu berada,’’ ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.
  12. Menerangkan lebih lanjut mengenainya, beliau berkata, pembentukan batu karang mengambil masa lama dan kebanyakan pesakit tidak sedar kewujudannya, sehinggalah beberapa gejala yang menyebabkan kesakitan pada sisi perut iaitu kiri dan kanan pinggang.
  13. Bagi kes serius, kata Dr. Abdul Rashid, pesakit akan mengalami kesakitan pada saluran kencing kerana batu karang akan menyekat pengaliran air kencing.
  14. Keadaan ini menyebabkan penghidap tidak boleh membuang air kecil. Apabila ini berlaku, wujud jangkitan kuman yang menyebabkan demam panas.
  15. Seseorang mungkin mengalami demam sementara, tetapi bagi sesetengah kes pula, air kencing penghidap mungkin mengandungi darah atau nanah.
  16. Beliau berkata, penyakit batu karang boleh menyerang setiap orang dan melibatkan kedua-dua jantina.
  17. Namun, ia lebih kerap berlaku dalam kategori umur pertengahan dan ia lebih kerap berlaku di kalangan lelaki.
  18. “Ia dipanggil batu kerana yang terbentuk dalam badan adalah sejenis zat yang keras seperti batu jalan dan pada asasnya mengandungi unsur kalsium. Ia diberi nama karang kerana menyerupai karang laut iaitu boleh tumbuh dan membesar, mempunyai pelbagai warna dan bentuk serta mempunyai ciri kekerasan yang berbeza,’’ ujarnya.
  19. Penyakit ini boleh terjadi pada organ tertentu seperti buah pinggang dan pundi kencing.
  20. Pada umumnya, sebutan batu karang merujuk kepada batu yang terjadi di dalam saluran air kencing, bermula dari buah pinggang, salur ureter, pundi kencing, kelenjar prostat hingga ke salur urethra.
  21. Terang beliau lagi, batu karang bukan penyakit baru dan memang biasa dialami masyarakat di negara ini. Bagaimanapun, masih ramai yang tidak mengetahui punca sebenar penyakit ini terjadi.
  22. Kata Dr. Rashid, jumlah penghidap penyakit itu semakin bertambah berikutan perubahan taraf dan gaya hidup masyarakat di negara ini.
  23. Pada masa sama juga perkhidmatan kesihatan berteknologi tinggi juga menjadikan rawatan untuk penyakit ini lebih mudah dan selamat.
  24. Menerangkan kategori utama batu karang, beliau berkata, terdapat tiga jenis utama iaitu jenis kecil, sederhana dan besar.
  25. Batu karang kecil bersaiz kurang daripada lima milimeter, manakala sederhana antara enam milimeter hingga satu sentimeter dan batu karang besar boleh mencecah antara satu hingga dua sentimeter sehingga tiga hingga empat sentimeter atau lebih besar.
  26. Mengenai rawatan, kata beliau, bagi batu karang kecil rawatan yang biasa digunakan adalah menggunakan ubat yang memecahkan kristal dan kemudian dikeluarkan daripada badan melalui air kencing.
  27. Rawatan batu karang ditentukan mengikut saiznya, kesihatan pesakit, kedudukan dan jumlah batu karang itu sendiri sama ada di dalam saluran kencing atau buah pinggang.
  28. Sebelum menjalani rawatan, pesakit perlu menjalani ujian sinaran X, sama ada ultra sound atau contras media bagi menentukan kedudukan batu karang pada buah pinggang atau salur kencing.
  29. “X-ray contras media yang dikenali sebagai Intra Venous Urogram (IVU) digunakan bagi mengenal pasti kedudukan batu karang sama ada penyebab sumbatan atau halangan di dalam sistem air kencing dan buah pinggang.
  30. “Adalah lebih baik pesakit mendapatkan rawatan awal jika mengalami sakit pada buah pinggang. Jika batu masih kecil, memadai makan ubat untuk menghancurkannya dan dibuang secara semula jadi melalui air kencing,’’ ujarnya lagi.
  31. Jika batu karang tersangkut dan ukurannya lebih besar lebih satu sentimeter, kaedah menembak dilakukan untuk mengecilkan batu tersebut.
  32. Rawatan yang diguna untuk menghancur atau membuang batu karang adalah melalui kaedah tembak batu atau lithotripsy. Kaedah itu menggunakan tenaga dari luar atau dikenali sebagai Extra Corporeal Shockwave Lithoripsy (ESWL). Ia berfungsi untuk memecah batu karang yang berukuran kurang dua sentimeter. Sejenis mesin khas digunakan dalam proses penembakan dari luar badan.
  33. Batu karang juga katanya, boleh dibuang menggunakan endoscopic lithotripsy. Kebiasaannya endoskop dimasukkan ke dalam saluran kencing untuk dijadikan panduan memasukkan satu lagi alat bagi memecahkan batu dari dalam badan.
  34. Selepas batu dipecahkan, cebisannya disedut keluar melalui endoskop.
  35. Bagi kes batu karang besar, pesakit dinasihatkan menjalani pembedahan.
  36. Menurutnya, bagi pesakit yang sudah menjalani rawatan membuang batu karang perlu mendapatkan rawatan susulan kerana dikhuatiri masih ada serpihan batu karang yang tertinggal.
h1

Nearly 1 billion people are starving

21/06/2009
  1. Almost 1 billion people in the world are going hungry each day after the rising food costs have pushed 40 million more people into chronic hunger this year, the UN food agency’s chief said Tuesday.
  2. The goal of halving the number of hungry people by 2015 has suffered a “serious setback” as the food crisis has pushed more people, particularly in the developing world, toward hunger.
  3. “For many countries, the world goal of reducing hunger by half is becoming increasingly difficult to achieve,” Food and Agriculture Organisation Director-General Jacques Diouf said, referring to one of the Millennium Development Goals set in 2000.
h1

Hello Mr P

19/06/2009
The  everything went wrong

The everything went wrong

  1. It strucked  unexpectedly.
  2. Dizzy,nausea and vertigo
  3. Worried about what will be next
  4. I can feel it inside me,hogging around,jumping on and off,here and there.
  5. Need lotsa water now.
  6. Crucial P
  7. And its still there…
h1

Seorang Manusia

02/05/2009

Bila hujan hari2, mengeluh…kenapa la hujan hari2 ni??susah aku nak keluar..

Bila panas hari2,mengeluh…aduhh!!panasnyaaa …..apsal la panas sangat ni..

 

manusia memang tak reti bersyukur…..

h1

I like this song:-)

10/04/2009

Sebelas Januari Bertemu
Menjalani Kisah Cinta Ini
Naluri Berkata Engkaulah Milikku
Bahagia Selalu Dimiliki
Bertahun Menjalani Bersamamu
Kunyatakan bahwa Engkaulah jiwaku

Akulah Penjagamu
Akulah Pelindungmu
Akulah Pendampingmu
Di setiap langkah-langkahmu

Pernahku Menyakiti Hatimu
Pernah kau melupakan janji ini
Semua Karena kita ini manusia

Akulah Penjagamu
Akulah Pelindungmu
Akulah Pendampingmu
Di setiap langkah-langkahmu

Chorus:
Kau bawa diriku
Kedalam hidupmu
Kau basuh diriku
Dengan rasa sayang
Senyummu juga sedihmu adalah Hidupku
Kau sentuh cintaku dengan lembut
Dengan sejuta warna

h1

Marahkan nyamuk,trak FRU dibakar?

08/04/2009

Aku baca pagi ni,penyokong kelantan merusuh lepas game smalam lawan Negeri Sembilan.8 kereta rosak, satu lori trak kena BAKAR,sorang FRU cedera dan 3 orang penyokong Kelantan kena tahan.

Ok.Aku rasa lah, bola sepak malaysia ni,dah la main tak seberapa, peminat lebih lagi dari pemain.Ni seme salah sape?ya betul!Salah FAM la….perancangan yg tak betul,jadi bolasepak Malaysia masih dengan mentaliti lama….keeper kelantan,Halim napi, ape jadahnya nak gi serang2 orang lepas tu pijak2?Ni bukan Siam ni..kalau x puas hati,lepas game ke,esok lusa ke,ko gi carik dia,lepas tu ko nak pukul ke nak ape ke,tu ko tanggung la sendiri.Ni depan penyokong2.Memang la buat orang lain terus rasa nak merusuh!Stupid!!!

lagipun ni bukan first time cite pasal Halim Napi ni.dia ni ayam lama bola.Patutnya dia tahu,pandai guna kepakaran akal.Memang kadang2 atas padang,dah la penat,pastu orang ludah atas muka,kita jadi hangin semacam.Tapi yg ko gi pijak dia apsal?Ludah balik ke,tolak ke skit2 lepas game,tu dah kira ok la tu….

Yg pasal peminat2 bola ni,aku sangaaat la paham.Diorang ni kadang2 marah.Bila marah,tak sempat nak pikir ape.Secara jujurnya,aku tak setuju dengan cara bakar2 ni.Ni bukan budaya Islam pun.Ape la diorang dapat dengan bakar kereta?

(1)kena tahan dengan polis

(2) game lepas ni kena buat tertutup.

Ni seme angkara2 sorang dua punya kepala.kepala2 ni la yg bakar orang lain.Kena pulak kalah semalam.kalau menang aku rase,lain pulak ceritanya.

Aku pun malas nk tulis panjang2.Tak masuk akal!

h1

Futsal bersama JIMBO

08/04/2009

pastinya sudah lama anda tidak mengalami perasaan seperti berada di dalam satu kejohanan besar,dengan sorakan puluhan ribu penyokong,bunga api dan macam macam lagi.Inilah masanya!!! Saat yg ditunggu2 hampir tiba….

KEJOHANAN FUTSAL PEMANAS BADAN BERSAMA JIMBO!!!

Apa yg anda dapat daripada menyertai :

(1) Anda dapat badan yg sihat serta akal yg cerdas seperti Benjani Mwaruwari.

benjani(2) Anda dapat melakukan aksi2 akrobatik terhebat seperti seorang star,sama seperti Torres!

Staff(3) Anda juga dapat mengecap nikmat score goal dari jarak sukar dan mendapat tepokan dan sorakan peminat2 fanatik di luar padang dan di luar kawasan ampang,sama seperti Super Mokh satu ketika dulu.

super-mokh(4) Anda bakal mendapat bimbingan daripada jurulatih2 terkenal dan tersohor,yg sama tarafnya dengan jurulatih terbaik dunia ketika ini…

wan-jamak

jadi apa lagi yg ditunggu????

h1

Sepetang bersama penduduk KL

07/04/2009

Sekarang ini aku tgh lepak2 tunggu orang di klcc.Internetnya teruk.Klik…lagi 10 tahun baru dapat.Sini orang penuh.Ada yg baru balik keje,sebab aku tgk baju diorang pakai seme macam baju orang keje2.Ala yg kalau laki tu,pakai kemeja smart2,ada tie2, lepas tu hujung lipat skit2, lepas tu bawak briefcase,cakap pasal untung/rugi juta2,gelak2. Kalo yg pompuan pulak,skirt2,baju Zara,kaler itam ala esekutip…dan yg sewaktu dengan dia.

Ada jugak yg datang bersenang lenang.Pakai t shirt,jeans,kasut adidas,minum air coklet blended,hisap rokok kepul2,lepas tu mate jeling2 kiri kanan nak suruh orang tgk atau perasan orang tgk.

Ada jugak pasangan sebelah meja aku ni,laki bini.Umur dalam 60 macam tu.Lepak 2 orang.Cakap pasal anak2.minum capucino.ada kek sebijik(slice) atas meja diorang.tak berusik.Tak sedap aku rase tu…hehe…lagipun biasa la orang2 tua,mana makan kek.diorang makan nasik.rasanya anak diorang keje petronas tu.So anak dia suruh tunggu kat bawah.

Orang yg keje kat starbak ni,bole diletak dalam kategori lembab jugak.Aku duduk kat meja yg agak penoh dengan gelas2 dalam 30min lepas.Panggil diorang suruh kemas.Sekarang ni baru kemas.Diorang amik mase 30min nak kemas :

(1)Menandakan diorang sibuk

(2)Menandakan diorang malas

(3)Menandakan diorang banyak makan semut.

Cuaca bagus.Tak panas.tak sejuk.panas sejuk.

Kat depan aku ada fauziah ghouse.Muka mekap tak hengat.3 inci.

Malam ni ada 3 benda penting:

(1) Gf ada interview

(2) Keputusan pilihanraya (3 tempat)

(3)Champs league-yg ni perlawanan pilihan saya adalah Man U Vs Porto.Saya sangat harap Porto………

Ok…sekarang dah 6.24pm……

h1

The shinjuku incident-review(ulasan)

06/04/2009

Keseluruhan, its a good movie.The most interesting part is i dont see jackie chan does his super quick kungfu moves anymore.Not that typical anymore.This time, we can see the weaker part of him.Yahuuu!

Im not going to elaborate on the story line because me,myself,not a good story teller(online).So go figure it out:-)

Its worth every single cent spend for this movie.the best from jackie so far.

The only complaint is..i can’t eat my cheezels during the movie.Why?because nobody…i repeat…NOBODY….around me ate or crunched or chewed anything since the movie started!!!….U know la kan makan cheezel,mesti ade bunyi krup krap(macam jambu ampang point). So being myself yg serba pemalu dan menghormati audience,i stopped myself from doing things that the others didnt.

Oh, its back to back movie day for me.After shijuku, watched fast and furious 4 atau translation yg dia bagi, Pantas dan Garang No 4.Erm..i thought of sharing the review,but my neck hurts now…headache some more:/…So i think i hv to let go that one.

1

h1

Sarapan pagi di Malaysia

04/04/2009

Best2 belaka sarapan pagi malaysia ni.Ada nasik lemak,ada roti canai, ada teh ais,ada roti arab,nan,nan cheese, ada roti tampal, ada magi goreng.Wah! Macam2 lagi la…

Tengok orang makan pun selera je….sedap ke?

Pilihan biasa,kedai mamak.Tapi kalau belah2 pantai timur, lebih pada warung2 melayu la.Mamak kurang skit sana,kecuali Kuantan la kan.

Ada yg datang berdua berdating, ada yg datang bedua rakan sekerja cakap pasal kerja,ada yg datang berdua kawan2, ada yg datang sorang2,main game pun ada.Skang ni kan mamak dah ada wifi, so senang la kan…

Aspek kebersihan mamak ni kena tego skit la.Yg buat roti tu, kalau tengok betul2 diorang buat roti tu, tangan diorng ni tak bole dok diam.kejap pegang pipi,kejap baru seluar dia,kejap pegang tu,pegang ni,lepas tu smbung buat roti…erkkk!!

Tu tak campur lagi yg letak straw guna jari kiri.

Yg bawak roti canai, jari masuk dalam kuah kari.

Yg kite ni pun, makan je laaaaaaaaaaaaa…………..

Secara konsepnya, bila diorang buat roti, diorng pakai 2 tangan.Satu kanan dan satu kiri.Kanan biasanya guna untuk buat benda2 lazim macam angkat barang, tulis etc.tangan kiri?paham2 sendiri la kan?

hari ni badan rasa sangat penat.rasa kena gi urut thai la.lengoh sangat ni.salah tido ke ape semalam.

masih tak bole lupa lagi la ,macam mana la company tu bole bagi nama company dia MICROSOLVE????