


Scolari puji kita
SHAH ALAM – Jurulatih Chelsea, Luiz Felipe Scolari (gambar) memuji persembahan skuad Malaysia selepas perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam yang menyaksikan kelab Liga Perdana England itu mencatat kemenangan 2-0, semalam.
Bekas jurulatih kebangsaan Brazil dan Portugal itu turut melahirkan rasa kagum terhadap beberapa pemain kebangsaan yang dilabel memiliki standard permainan yang boleh dibanggakan.
Tanpa menyebut nama pemain yang dimaksudkan, Scolari berkata, Malaysia berjaya memberi tentangan dan menunjukkan permainan bertenaga di sepanjang perlawanan.
”Saya berpuas hati dengan persembahan para pemain saya yang semakin menunjukkan peningkatan selepas dua perlawanan di China baru-baru ini.
”Mengenai pasukan Malaysia, saya dapati persembahan Malaysia secara keseluruhan sama seperti mana kunjungan saya pada 2003 bersama skuad Brazil, namun telah ada peningkatan di beberapa bahagian.
”Paling menyerlah ialah posisi serangan pasukan Malaysia yang berjaya melakukan beberapa percubaan.
”Saya yakin jika prestasi ini diteruskan, pasukan Malaysia akan meningkat pada masa akan datang,” katanya.
Pada perlawanan tersebut, skuad The Blues menang 2-0 ke atas skuad Pilihan Malaysia hasil jaringan Nicolas Anelka dan Ashley Cole di kedua-dua babak.
Tambah Scolari, pemain-pemainnya sukar memberikan permainan terbaik kerana keadaan permukaan padang yang tidak begitu baik.
”Begitupun saya lega kerana tiada pemain saya yang cedera di sepanjang Siri Jelajah Asia termasuk pada perlawanan malam ini.
”Bagi saya misi Jelajah Asia ini berjaya mencapai matlamat untuk saya mengenal pasti para pemain secara lebih mendalam.
”Saya mengucap terima kasih kepada rakyat Malaysia dan berhasrat untuk datang lagi ke negara ini pada masa akan datang,” katanya.

Banyakla benda nak kena buat.Ada site visit yg panasnya memang la sangat la panasnya sangat la panasnya sangat sangat la panasnya.Tadi dekat segambut.Berikut adalah jadual saya:
Khamis 31/7-Jalan 217,Sg rasah dan Ampang
Jumaat 1/8-Pandan,Rawang
Isnin 4/8-Meeting and more meeting
Selasa 5/8 Meeting lagi di Lexus
Rabu 6/8-Submission for water proofing-proposal needed
Khamis 7/8-Site visit-Cheras 2S dan Bukit Tinggi
Jumaat-HQ-operation meeting and Q4 forecast discussion
Jadi dengan ini saya mengisytiharkan saya adalah seorang yg robot dalam masa seminggu ini.



Hari ni hari 1st keje lepas lama dah cuti.Masuk2 je,tengok je meja,dah macam putus harap.Macam kena langgar lori sampah.bersetambun.tak tahu lah ape bendanya.Jadi benda pertama buat ialah, go out and hv a ciggie break dulu:-)
Lepas tu, baru la balik semula ke meja.Hmmm…mana nak start dulu ni.Jadi amik keputusan untuk start dengan surat2 yg belum berbukak dulu.Fuh!selepas sejam,baru la semua surat yg ada di letakkan secara pengasingan untuk tindakan selanjutnya.Tu belum amik tindakan apa2 lagi tu…baru asingkan ikut subject:-p
Lepas tu start dengan kerja2 yg rutin….yg ni kena concentrate.Benda ni la yg aku concentrate sampai petang,sampai tiba2 mata aku jadi berpinar.Tu tanda nak datang migrain tu!!!Rupanya betul.Lepas setengah jam,kepala mula berdenyut.
Gagahkan diri.Makan ubat.Lepas tu dalam 4pm pegi PJ.Lepas tu terus balik umah.Tak tertahan.Tido sampai a baru bangun dalam 9pm tadi.
Now dah mandi nk gi makan:-) Hari ni xleh tulis panjang sebab kepala pening lalat.

KEVIN KEEGAN endured a deeply disappointing afternoon today on his return to his hometown as his side went down to a late goal against Doncaster Rovers.
Northern Ireland international Stuart Elliott won the game for Rovers after a defensive disaster late on paved the way for a famous victory which underlined the frailties of KK’s paper thin squad.
Kalah?Ceh!Tak bole la bagi alasan owen,martins dengan viduka takde.Abih tu defend seme ade kan?Aku dah kate kena beli lagi 2 orang defenders.
Im out!

Saya merasa agak tertekan kerana esok merupakan hari pertama saya bekerja setelah cuti panjang kira2 3 minggu.Saya tak tahu nak start macam mana.Nak buat apa dulu.Nak end mana dulu.Nak tgk mana dulu.Agak cemas.Tapi saya mendengar kata2 che jaja,buat satu2 dan balik awal.Baik.Saya akan ikut nasihat dia.


I’ll be flying back to KL in 2 hours and 20 minutes time.
Ok,see u in next blog!

Tengah hari tadi bersembahyang di masji putih.Masjid putih ni letaknya di tengah2 bandar kuala terengganu.Parking kereta rambo je.Pegi tadi dengan En Mobius.Dia parking kereta sebelah tong sampah.Jadi keluar kereta je dah bau sampah.Hisap rokok sebatang kemudian masuk mesjid.Dalam masjid ada satu screen besar.Screen yg macam kedai mamak tu.Bezanya screen ni tak tunjuk bola,tapi dia tunjuk pengumuman berkenaan aktiviti masjid dan juga ringkasan dari khutbah jumaat hari ni.
Lepas semayang, kitorang terasa lapar dan terus pegi makan kat kedai daun pisang.Nama dia Kari Asha.Kedai ni macam kedai mamak la(walaupun memang kedai mamak).Dan memang makan atas daun pisang.Bukan atas pinggan yg ada corak daun pisang yg mcm kat KL tu.Makan nasik campur dengan ayam goreng.Itu pun dan terbaik dah rasanya.Mungkin sebab lapar jugak.
Aktiviti petang ialah sesi memandikan yoko,loko dan lolo.Kecuali yoko, yg 2 ekor lagi macam pasrah je bila kena mandi.Macam dah putus harap.Syampu,berus lepas tu lap ngan kain.Last skali,pakai dryer la keringkan badan diorang.Terketar2 jugak la kucing2 tu.Kesian.Tapi takpe.Hasilnya bersih dan tiada kutu.
Aktiviti malam adalah keluar bersama En Mobius dan juga En Juve.Pegi makan malam dekat kedai Fasha.Kedai fasha ni kalau kat KL,macam restoran cheng ho Amy Searc la.Bukan dari segi ‘grand’ dia tu.Tapi dari segi ramainya orang.Tambah pulak hari hujan tadi, lagi la ramai orang yg duduk bawak bumbung tu.Saya makan sup ayam dengan nasik campur.sedap jugak.nothing to shout about.
Esok aku akan pulang ke KL.Ada sedikit rasa bergumpal.Perut rasa gumpal.Perasaan yg x best.Ini la jadi kalau balik trg lama sangat, bila nak balik KL rasa sedih la pulak.Hehe.Takpe.Kalau tak balik KL, takde la gaji.Bila takde gaji,macam mana nak balik trg kan?So ok la.Lain kali saya kena kerapkan balik ke trg.Luangkan masa lebih skit ngan family ni.Barulah bole jadi anak yg Soleh.
Setakat tu je la kot.Sebab malam ni nak tgk cd cite king of comedy.Tata.

Semalam Encik Mobius ada bagitau pasal satu kedai makan baru.Kedai makan ni menurut katanya sangat menyentuh jiwa raga(sedap dan best dan harga ok2).Kedai tu nama dia TALK OF THE TOWN.Dalam bahasa mudah, buah mulut orang teghanu.Jadi demi untuk mengetahui sejauh mana kebenaran cerita ini, jadi malam tadi,satu family pergi la berbondong2 ke sana.Nak coba rasa lah.Syah,ayie,sue,mama,ya dan saya sendiri.Antara yg di order :
Jadi kami pun mencuba lah.Bole dikatakan apa yg diwarwarkan secara keseluruhannya adalah benar.Ikan yg disediakan adalah kelas A.Rasa yg best dengan kerangupan yg cukup membuatkan selera menjadi semakin besar dan nasik habis semuanya.Ikan diratah sesuka hati.Tapi sayang sekali prestasi kailan dan juga tomyam masih lagi bole diperbaiki.Jumlah damage adalah RM159.Diberi diskaun 10%.
Selepas itu,ahli keluarga balik dulu ke rumah sebab En Mobius nk datang ambik.Ingatkan nak pegi minum terus, rupanya ada misi.Misi menyelamatkan Jalil.Jalil ini adalah rakan sekerja En Mobius yg menghadapi kesusahan duniawi.Pajeronya mengalami flat tyre.Kejadian ini berlaku berhampiran masjid ladang.En Mobius menelepon bantuan,En Abang Koder untuk membantu menyelesaikan permasalahan ini.Kami di hadiahkan dengan segelas teh tarik dan teh gelas kerana kesanggupan kami untuk membantu En Jalil di kala beliau kesusahan.Beberapa detik kemudian,Abang Koder datang dari Kuala Ibai untuk menyelesaikan masalah ini.Kami cemas seketika kerana tayar lekat.Berkarat.Jadi x bole tarik keluar.Tapi dengan kepakaran orang yg namanya Abang Koder,makanya berjaya juga tayar dikeluarkan.Diganti dengan tayar baru dan wang RM20 dihulur tanda terima kasih beserta sebungkus nescafe tarik, kami pun terus pergi ke kedai minum berdekatan istana maziah.Sana kami minum teh o ais dan juga nescafe gelas.Berborak mengenai dream theater,guthrie govan dan cerita2 yg berkenaan.Masa tu,hujan turun renyai.Jadi makin sedap la isap rokok(Amaran oleh semua kerajaan di dunia:Merokok membahayakan kesihatan).
Selepas lepak dalam sejam lebih,jam dah menunjukkan pukul 12.30am.Masa untuk pulang.En Mobius pun terus menghantar saya pulang ke sarang.

Banyak benda yg bole kita ingat hanya dengan melihat satu gambar sahaja.Banyak benda yg kita bole flashback dengan hanya satu gambar sahaja.Ada macam2 rasa.Ada macam2.Kalau ingat balik,dulu otak ni set untuk belaja saja.Bulan2 tak payah pikir pasal duit,pasal keje,pasal politik,pasal minyak etc.Pikir hepi2 saje.Pikir seronok saja.Masa tu la kalau sebulan tak makan nasik pun,bole survive lagi.Sebab masa tu,enjoy lagi penting dari makanan ruji.
Tapi kadang2 dalam satu gambar jugak, bole buat kita jadi sedih.Kita jadi marah.Kita jadi bersalah.Semua ada.Gambar ni tak pandai menipu,kecuali gambar itu diimpose.
Bestnya kalau bole balik ke alam dulu…sekejap pun jadi la….