Archive for July 25th, 2008

h1

Hari ini hari khamis

25/07/2008

Semalam Encik Mobius ada bagitau pasal satu kedai makan baru.Kedai makan ni menurut katanya sangat menyentuh jiwa raga(sedap dan best dan harga ok2).Kedai tu nama dia TALK OF THE TOWN.Dalam bahasa mudah, buah mulut orang teghanu.Jadi demi untuk mengetahui sejauh mana kebenaran cerita ini, jadi malam tadi,satu family pergi la berbondong2 ke sana.Nak coba rasa lah.Syah,ayie,sue,mama,ya dan saya sendiri.Antara yg di order :

  • ikan siakap 3 rasa kurang manis
  • ikan kerapu masak pedas
  • tomyam campur
  • kailan ikan masin
  • ayam masak special
  • rempeyek dan jeruk(appetizer dan dessert)

Jadi kami pun mencuba lah.Bole dikatakan apa yg diwarwarkan secara keseluruhannya adalah benar.Ikan yg disediakan adalah kelas A.Rasa yg best dengan kerangupan yg cukup membuatkan selera menjadi semakin besar dan nasik habis semuanya.Ikan diratah sesuka hati.Tapi sayang sekali prestasi kailan dan juga tomyam masih lagi bole diperbaiki.Jumlah damage adalah RM159.Diberi diskaun 10%.

Selepas itu,ahli keluarga balik dulu ke rumah sebab En Mobius nk datang ambik.Ingatkan nak pegi minum terus, rupanya ada misi.Misi menyelamatkan Jalil.Jalil ini adalah rakan sekerja En Mobius yg menghadapi kesusahan duniawi.Pajeronya mengalami flat tyre.Kejadian ini berlaku berhampiran masjid ladang.En Mobius menelepon bantuan,En Abang Koder untuk membantu menyelesaikan permasalahan ini.Kami di hadiahkan dengan segelas teh tarik dan teh gelas kerana kesanggupan kami untuk membantu En Jalil di kala beliau kesusahan.Beberapa detik kemudian,Abang Koder datang dari Kuala Ibai untuk menyelesaikan masalah ini.Kami cemas seketika kerana tayar lekat.Berkarat.Jadi x bole tarik keluar.Tapi dengan kepakaran orang yg namanya Abang Koder,makanya berjaya juga tayar dikeluarkan.Diganti dengan tayar baru dan wang RM20 dihulur tanda terima kasih beserta sebungkus nescafe tarik, kami pun terus pergi ke kedai minum berdekatan istana maziah.Sana kami minum teh o ais dan juga nescafe gelas.Berborak mengenai dream theater,guthrie govan dan cerita2 yg berkenaan.Masa tu,hujan turun renyai.Jadi makin sedap la isap rokok(Amaran oleh semua kerajaan di dunia:Merokok membahayakan kesihatan).

Selepas lepak dalam sejam lebih,jam dah menunjukkan pukul 12.30am.Masa untuk pulang.En Mobius pun terus menghantar saya pulang ke sarang.