Archive for December, 2008

h1

23 minit ke 2009

31/12/2008

Sekarang dah 11.40pm.Lagi beberapa minit dah masuk 2009.

Apa yg buat orang pergi sambut2 tahun  baru?Mari kita kaji:

  • Dapat kumpul ngan kawan2,laki2 dan perempuan,bole test market masing2,lepas tu berborak2 sampai lewat.Jarang dapat peluang ni..
  • Nak tengok bunga api
  • Kebetulan family ada datang,so bawak la family jalan2
  • Kebetulan ada duit lebih, so tak tau nak abihkan duit macam mana,jadi bawak la gf/bf pegi makan2 kat restoran mahal,minum fresh oren dan makan bifstek.

Itu adalah antaranya.Tapi cuba kita pikir dalam2.Bukankan manusia ni,sifat dia sendiri,adalah yg suka pada benda2 yg berbentuk kontra.Maksud kontra di sini ialah, kalau lelaki,dia akan suka pada perempuan(vice versa).Maknanya mereka suka pada pergaulan.Pergaulan antara berlainan jantina terutamanya.Mana ada laki2 gi naik bukit melawati tu berdua2 nak sambut tahun baru, kecuali dia gay.

Adakah yg keluar rumah,sambut kat luar tu dikira ada life dan yg dok lepak kat rumah je,di kira takde life?

Secara peribadi,saya tak rasa macam tu.

Secara peribadi,saya lebih suka lepak di rumah je,

Awal Muharrom merupakan tahun ISLAM.

Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa’ yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa’, maka akan diberikan pahala 10, 000 orang Haji dan Umrah, dan 10, 000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa’, maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa’, maka seolah-olah memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka.

Saya bersyukur dilahirkan Islam:-)

h1

Alkisah mamak

30/12/2008

Melayarilah arakian hamba ini ke dunia maya.

Sedang begitu asyik dan kagum,bateri pulak menunjukkan tanda merah.

Ah!Perlu di rehargisasi.

Mencari sumber kuasa,oh di situ dia.

Muncucuk, kemudian memetik punat on.

Eh?Eh?Eh?

Rupanya mamak hanya bersandiwara….

Hanya kotak power plug yg cantik budi bahasa…namun….

h1

Dec 26th-Dec 29th-Terengganu

27/12/2008

Semalam sampai KT dalam pukul 11pm.Terlepas game Man U.Takpe la,bukannya suka sangat pun MU pun.Lain la kalau Newcastle.

Pagi ni terbaca psal sesuatu:

1)Blog hina nabi(orang melayu,ISLAM)

Kalau ikutkan kajian, perempuan ini adalah melayu.Dia pakai nama melayu.Dan dia tulis dalam bahasa melayu.Jadi kalau setakat ikut sumber yg ada. dia melayu la kirenya.Tadi try bukak “blog” yg dikatakan itu.Sebenarnya blog yg dimaksudkan tu adalah dia punya friendster daaa(http://profiles.friendster.com/91812627)..Tapi malangnya, bila nk bukak, dah kena suspend.Tak tau la sape yg suspend sapa kan.Tapi ada hamba Allah yg sempat dapat baca.Dalam tu, “perempuan melayu Islam” tu ada tulis benda2 yg menyentuhkan sensitiviti umat ISLAM.

Nabi Muhammad SAW adalah nabi akhir zaman yg kita wajib sanjung.Quran dan Hadith jadi panduan kita.Bila hidup kita nak dah bercampur baur.benci.marah,takde Iman, jadi mcm ni la.Takde pedoman.Tak tahu dosa pahala.Wallahu a’lam.Mungkin juga ini sebab sabotaj.Mungkin jugak memang dia pompuan melayu Islam yg dah hilang akal sebab break dengan bf dia.Ataupun mungkin dia adalah pompuan melayu Islam yg dah murtad dan dah tak kire dah.Semua bole jadi.Na’uzubillah.

Kenapa jadi macam ni?

Kenapa jadi macam ni?

Mintak dijauhkan dari segala benda yg menyimpang dan berdoa agar selalu berada dalam rahmat Allah.

Kita hidup ni pun tak lama.60 thn tu lama?30 thn lama?Cuba pikir balik.2007 macam baru lagi.2006 macam baru lagi.Padahal dah 3 tahun.Takde masa dah untuk kita pikir sepanjang masa ape salah orang lain,maki diorang,marah diorang,tu semua bukan benda yg paling penting dah sekarang.Yg paling penting,kite tengok diri kita.Kita make sure kita sendiri dapat hidup dalam keadaan diberkati.Dalam rahmat Allah.Bila kita dah betul,hidup kite akan tenang.Miskin kaya cerita lain.Tak semestinya miskin tu dirahmati dan tak semestinya kaya itu dilaknati (vice versa).Kita tak tau, Allah lagi tau ape yg ada dalam hati masing2.Kita buleh teka je.Silap2 jadi fitnah:-)

Sekarang ni, nak tunggu lunch mama saya masak.Paling besttt!!!!

h1

Hari tinju

26/12/2008

Seronok betul la boleh bangun pagi2.Pukul 10am tu kire pagi la.Kalau 2pm tu baru la tak bole kira pagi.Pagi2,bangun, sebab orang perjabatan ada call.Tanya pulak berkenaan benda2 yg rumit,al maklumla,tengah syok2 tido,lepas tu orang tanya soalan taraf matematik tambahan sekolah menengah,mana la nak jawab dengan betul.

Kacau betul la…..

Jadi kena la bangun.(ye..saya bangun kerana terpaksa).Ingatkan nak tido lama skit sebab nak balik Trg hari ni.Takpe la.Rasanya dah cukup tido ni…

Terus pergi alkader(AK).AK ni bagus sehari dua ni.Perkhidmatan cekap.Bau mamak je yg masih lagi tahap kronik.Lagi satu,makin banyak la pulak burung gagak datang menempek kat tepi2 ni.Muka masing2 garang,sebab nak attach roti canai yg orang tgh makan.Bahaya.Aggresif.Kalo dia datang kat aku,memang nak kena pelepok la jawapnya.

Berbalik pada kisah AK ni, kedai ini juga menyediakan perkhidmatan internet free tanpa wayar.Skang ni dah jadi trend.Seme kedai nak ada wifi.seme kedai nak letak internet.seme kedai nak ada ape yg seme kedai yg lain ada.Bagus jugak kalau tgk dari satu sudut.Tapi dalam banyak2 bagus,mesti ada yg tak bagusnya..

Apa yg tak  bagusnya?

1)bole kena kanser otak.sebab terdedah dekat sinaran radioaktif x phantamorganistik yg ada dalam laptop/desktop.

2)conflict between your virtual self and your social self.Dalam fb, anda bole jadi superhero misalnya.Tapi realitinya,anda cuma orng nerd yg takde kawan langsung dan PR pun hancor.Ini dah dikire menipu secara maya.

3)separates us from others while causing many unruly behaviors in the process. Ini berkenaan org yg addictive.Takde internet bole jadi gila.Sampai tak bole/tak reti/bengong nak berkomunikasi dengan org2 di luar.

4)give wrong perception of healthy life. Internet is always our first choice in googling or searching for new things.We sometimes call all the processes as a healthy and positive one,but in fact,according to a report survey by KN Morsley Apr 2006, we ‘re actually stepping,not ahead, but way back.P/s: yg report tu,saya reka untuk menyedapkan cerita.

5)Melahirkan ramai poyo2 yg bergelandangan di kafe2,kedai mamak,kafishop etc. yg lepak,dengan laptop bling2 depan mata,sambill borak kuat2,hisap rokok,padahal bukak FB atau YM je.Generasi inilah yg suatu hari nanti akan masuk pertandingan bercorak realiti sebagai contohnya akademi fantasi,jadi awak fikir awk bole berjoget,Mystarz LG,mentol dll.

Sedih bila pikir.Kualitas hidup sebagai insan sudah mula berkurangan.Nilai2 murni serta sentuhan manusia(human touch) dah takde dah.Semuanya online skang ni.Sampai nak beli tisu tandas pun onlie(bagi sesetengah negara lain di Asia).

Oh tengkuk saya dah mula lenguh.Saya nak kena check kereta kerana saya sayang kereta saya.

Jumpa lagi di masa lain….

Memang lambat lagi la masanya tu…..out!