Archive for January, 2009

h1

Buah limau

29/01/2009

Saya nampak banyak limau dibuang sana sini.

Saya jumpa banyak bijik2 limau dalam ofis saya.

Saya bau limau.

Saya nampak banyak wajah sedih/sayu pagi ini.

Saya tengok orang drive macam rilex saje pagi ni.

Saya nak angkat tangan pun malas hari ni.

h1

kenapa pulak?

23/01/2009

Gambar fb mesti ada beberapa jenis gambar yg biasa diletak dalam fb.Antaranya ialah:

(a)Gambar kepala senget.

PhotobucketIni adalah bapak kepada semua gambar dalam fb.Sebenarnya ini adalah turun temurun dari dulu lagi,sejak dari zaman fs dan ms lagi.Gambar ni biasanya diambil sendiri,tanpa bantuan orang lain.Sebabnya kalau orang lain ambik,tak bole la nak buat muka yg bajet kiut.Malu la kan?Jadi ambik la sendiri.Dan mungkin kebetulan,kebanyakan gambar diambil dari dalam kereta.gambar mesti senyum skit2 bajet kiut dan kalau bole,nampak ceria dan comel la.dijamin gambar diambil lebih dari 5 kali,so bole pilih mana paling “cantik”

(b) Gambar spesis pegang camera dua tangan dan muka seriyes

PhotobucketYang ni gejala yang agak biasa.Biasanya lelaki la.Sebab dia cas.Semua yg ambik gambar ni,jenis cas dan konfiden.Biasanya dalam profile diorang akan ada tulis perkataan “lonely”,”sexy”,”looking for partner” etc.Yang ni susah nak dirawat.llagipun tak salah.diorang punya suka la kan.

(c) gambar jenis blur2/misteri2 sampai orang pun malas nak pikir

PhotobucketSpesis ni dia cas dia gothic,misteri dan jenis yg berahsia.Dia macam ada satu perjanjian untuk diri sendiri yg kalau bole tidak akan reveal identiti di muka depan.(yg gambar2 kat dalam album tu bersepah la,janji kat depan misteri). Orang macam ini lebih cenderung untuk kurang bercakap sampah dan lebih pada filosofi.Kadang2 filosofi diorang pun main ceduk2 saje di mana2.Ala sekarang ni senang.Google saje.Nak bahasa apa?iban?spanish?bidayuh?kedazan?melanau?Google sajaa!!Pendek kata mereka suka berlindung di sebalik sesuatu.Dalam kebanyakan kes,ini kerana mereka agak kurang hensem atau agak kurang cantik.

(d) spesis muncung mulut

PhotobucketOh yg ni senang je.banyak jenis2 macam ni.Kenapa diaorang suka muncung mulut?menurut kajian dari AC dan Mizal, mereka ini kadang2 suka mengikut trend.Trend joyah sport.karikatur gila2,APO? dan lain2.Seme katun2 ni kebanyakan suka muncung mulut diorang.Jadi diorang ni pun terikut la.Kadang2 ada juga yg muncung sebab nak sorok taik lalat diorang kat tepi bibir.Ada juga yg memang asal2 dan muncung.

 

(e) Spesis tangan ada gesture2

PhotobucketYang ni biasanya budak2 muda.Diorang macam ada satu semangat hantu kalau buat tangan yg gaya macam2.Ni mcam kire trademark la.Mana yg baru join tu,standard la,tunjuk peaca.Ini yg paling koro sekali la dalam banyak2.Sebab peace ni dari zaman paleolitik dulu lagi orang dah buat.Dah jadi evergreen.Tapi peace ni jugak la yg paling selamat,sebab tak jadi buah mulut orang sangat.

(f)takde gambar langsung

PhotobucketOrang macam ini mungkin sebab ada krisis dengan bf/gf,atau ramai sangat peminat atau jenis yg join fb sebab orang suruh.

 

(g) gambar pasport
Photobucket

Sebenarnya banyak lagi cuma malas.Apa komen anda?

P/S: Gambar di atas adalah sekadar hiasan.

h1

Orang lahir bawah 70an takkan ada blog

21/01/2009
  1. Wahai encik.Saya ini bukan berlatarkan pendidikan berkonsepkan perakaunan dan kira2 .Saya ini berlatar belakangkan konsep kejuruteraan yang lebih mementingkan aspek teknikal dan bukan kepada kira2 dan nak balancekan akaun.Jadi kalau bagi kerja yg macam sales projection,balance/ratio depth,&^&%*(&^*((…mana lah saya tau nak buat.Nak suruh buat,bolee.Tarak hal.Ajar la ngek!Jangan main bagi saje,lepas tu paksa2 antar.Mampus la aku tak hantar.Sebab kalo aku memandai isi,lepas tu antar,ko jugak yg marah2 aku,cakap aku ensem la,cerdik la….tu yg aku malas tu..
  2. Dah tau seme orang nak cuti raya cina,jangan la harap ada orang nak buat kerja.Engkau sendiri pun cuti panjang,ni kan lagi buruh2 yg dah setahun tak cuti panjang.Cuba la hidupkan balik sifat kemanusiaan ko tu.Jangan la asyik kira untung saje.Jangan la asyik kira customer satisfaction saje…Customer pun tak bising, yg ko macam anjing melalak bukit ni kenapa?
  3. Semua yg di atas adalah rekaan semata.

Kesimpulannya, manusia ni ada had sabarnya.Jika had itu dipatuhi,bagus lah ia.Jika ia dilebeyyyyyhi…maka padah la jawapnya.

Majulah internet untuk dunia.

h1

Saya menjadi hairan adakah teori saya benar?

20/01/2009
  1. Perempuan yg kategori cantik suka makan asam laksa atau apa2 asam atau apa2 makanan yg masam dan masin.
  2. Kalau kita pegi tgk siaran langsung, tiba2 kamera fokus muka kita,kita jadi tak tau nak buat apa.Mata kita getar2.Tak tau nak tgk mana.Sesetengah kes,pengsan.
  3. Kalau orang hon kita,kita bengang.Walaupun salah kita.Dan macam2 mana pun,kita mesti carik salah orang tu jugak.
  4. Bila kita karaoke,kita mesti carik lagu yg kita rasa best gila dan masuk gile dengan suara kita,sebab nak bagi orang macam “WOW!!!” padahal biasa je sebenarnya.
  5. Kalau kita mimpi sama ada jatuh basikal atau jatuh gaung,kaki kite mesti macam tersentak..sentap!
  6. Kalau kita jatuh dekat tangga klcc,mesti kita marah2 tangga tu sambil muka bengang,pandang2 balik tangga tu(kalau jalan sorang) dan gelak yang melampau2 padahal biasa je bendanya(kalau jalan lebih dari sorang)
  7. kalau pegi siaran langsung,contohnya juara lagu,mesti masing2 ingat baju masing2 la yg paling gempak(ni untuk artis).
  8. couple yg baru couple dalam seminggu dia,kalau jalan2 kat klcc,mesti jari tu,masa tengah jalan2,nak bagi kena skit2,sebab lepas tu bole le pegang tangan pulak.Ada sesetengah kes,main kait2 jari dulu.
  9. isap rokok,mesti ada bunyi macam “ssss…….” masa tengah tarik….takyah bunyi pun takpe.
  10. kalau terkentut kat klcc kat kedai adidas(bunyi agak kuat),mesti mata jadi getar2,pastu lari dari tempat kejadian, keluar kedai lepas tu x pandang belakang dah.Rasa nak cerita kat orang sangat2,tapi tak jadi cerita sebab malu.Kalu gf,malu nak cerita kat bf(vice versa).Sebab benda2 kentut ni bole hilangkan kemachoan.
h1

Di mana ni

20/01/2009

Satu hari,saya lapar.

Saya carik la kedai nak makan.

Saya jumpa satu kedai.

Saya order nak makan bege dengan kentang.

Saya nak order co..ehh..taknak coke lah.Boikot!

Saya pun order milo ais.

Saya bayar,duduk dan makan.

Saya kenyang,saya bangun dan saya nak balik.

Saya pusing belakang,baru perasan..

Saya makan kat McD.

 

p/s:dah la air milo ais pun nestle.yahudi lagi.

h1

Perihal Blog dan diblogkan

18/01/2009

Sebab tu orang suka blog.Bole kutuk macam2.Sedap.Lazat.Nikmat.Setiap orang yang tulis blog,semua rasa blog diorng macam cool la.Ataupun kul.Ataupun cold.Ataupun kuul.Mana2 saje lah.Maksud dia sama saje.Maksudnya anda ingat blog anda hebat lah.Hebat ke?

Blog ni asal2 dia dari perkataan apa?

WEB LOG

Sudah nampak?

Komuniti orang2 yg buat weblok ni dia suka2 panggil diorang BLOGOSPEHERE.Nama tu macam kul kan?cool.kenapa tak panggil BLOGOSAPIEN ke,BLOGONG ke…wallahu a’lam.Yang pastinya yg cipta web log ni,memang memandang ke depan dan dia sendiri pun tak sangka sampai macam ni jadinya.

Biasanya orang tulis apa dalam blog diorang?

  • menyibuk pasal rumahtangga rumah oo….??ye betul…orang ye.Yang ni favourite la ni.Dan biasanya pembaca pun berjuta2.
  • blog untuk kondem blog orang lain.Yang ni keje mudah.Sebab banyak blog yang memang kalo baca, bole gelak sampai mati/marah sampai meletup/sedih sampai koma dsb.
  • blog politik.Yang ni banyak jugak,lebih2 dengan politik Malaysia sekarang ni.Weblok ni dah ganti surat kabar.Media alternatif.
  • blog yg takde hujung pangkal,tulis ape yg dia pikir dia nak tulis.Aku rasa blog aku ni spesis ni la.Spesis takde modal dan tulis bila nampak benda2 depan mata.Lagipun blog ni asal2nya untuk simpanan sendiri.Nama pun WEB LOG.Kalau chargeman bangunan(HT) diorang akan ada buku log diorang sendiri.Ye lah,dah keje diorang macam tu kan.Takde pulak nak tunjuk2 kat orang lain.
  • Blog spesis ulat.Blog ini adalah jenis yg update hanya sekali seumur hidup.Tak payah ulas.
  • Blog jual pinggan mangkuk.Ini cabang entrepreneur.
  • Blog satu malam.Haaa ni yg sensasi.Blog satumalam ni adalah blog2 sensasi yang kita TERjumpa,yg isi kandungan dia adalah kiamat dunia yang kalo baca bole muntah 14 hari.Contohnya ada blog gay yg tentera tu.Yang gambar atas katil dengan budak lelaki jambu batu tu.Yang gay tentera tu ada misai, boroi pastu muka bertepung, muka manja,lepas tu badan lentuk2 dengan lelaki lagi sorang, dua2 bogel atas katil.Lebih kurang macam tu la.Blog ni kita panggil satu malam sebab lepas dia dah kena kutuk kaw2 bila orang jumpa page diorang, diorang akan tutup blog diorang dan hilang!

Itulah antaranya.Aku cuma baca blog yg aku rasa pemilihan font dan background kaler dia betul,so tak sakit mata.Isi kandungan aku lebih prefer pasal politik,hiburan atau sukan.benda2 kutuk orang, kurang la sikit.

Oh satu lagi, pasal macam mana orang tu nak tulis blog,senget ke,perenggan takde ke,rasanya tu hak masing2 dan adalah hak masing2 jugak untuk kutuk orang2 yg jenis tak reti nak buat perenggan kat blog diorang.Jadi kalau diri sendiri tu suka kutuk orang, jangan la mengamok pulak kalo orang kutuk kau pulak.Sendiri mau iii…???ye betul…..ingat yee…..

 

h1

Pilihan RAYA Kuala Terengganu

17/01/2009

Saya di sini ingin mohon maaf pada parti A kerana saya tidak dapat pulang untuk mengundi.Jadi saya isyhtiharkan saya akan jadi pengundi hantu esok.Saya akan terbang sana sini dengan hari yg riang.

Ada seorang artis di Indonesia yg menggunakan nama RONALDISKO.Sila google jika tak percaya.

h1

Pekerjaan apa paling best?

14/01/2009

Saya rasa bolasepak.

Manchester City have opened talks with Italian side AC Milan over the possible £100 million transfer of Brazilian playmaker Kaka.

weekly wage of £250,000

Sungguh la kayanya.Main bola pun,kalah menang dah tak kisah.Yang penting,duit banyak.Sekarang ni bukannya zaman nak main bola sebab negara ke,kelab ke,sekarang ni main sebab duit.

Manchester city boleh ke maintain dalam 5 tahun lagi kalau asyik keluar duit macam ni je?Aku jamin account die always in the red.

Macammana dengan player Malaysia?Alasan gaji ciput,sebab tu lepas gol bodoh?Sebab tu main tak penah menang lawan indonesia?

Orang Malaysia adalah orang lucu.

Najib kata orang Terengganu dapat royalti berbilionar! Aik?Aku orang Terengganu dah berpuluh tahun,tak penah pulak aku tgk banyak keje kosong,barang makin murah,dan benda2 lain yg aku bole kait dengan royalti ni.

Orang Malaysia memang unik…

 

 

 

h1

Apa kata mereka?

10/01/2009

Baca paper hari ni.Selain isu pasal pilihanraya KT,yg lain2 berita yg kita dah dengar setiap hari.Meh tengok ape benda yg diorang tulis:

1)Berita 1
kelas FBerita ni pasal kenyataan timb perdana menteri berkenaan nasib orang2 kita,kontraktor kelas F.Dalam keadaan dunia melayang2 ni, Dato’ Najib kata kita takkan terjejas.Maknanya business as usual.Ini satu benda yg hebat.Dalam US,JEPUN dan seme kuasa besar tengah bergelut,SPORE pun secara terbuka mengaku ekonomi dalam bahaya, Malaysia maintain power.Bagus2.Ini benda yg sangat bagus.Aku dah lama dah yakin ekonomi Malaysia ni yg terbaik di dunia.Takkan kacau punya ekonomi Malaysia ni,walaupun satu dunia kena kegawatan ekonomi.Rezab kita cukup,arab pun kalah.Cuma kerajaan kita ni bangsa yg rendah diri,tak suka menunjuk.Yahoooo!!!RM900 juta tu peruntukan untuk kontraktor kelas F,tahun lepas 600 juta je.Pergh!!! Memang untung la kontraktor ni seme.Seme akan dapat kerja sama rata.Seme akan dapat rasa untungnya.Bagus laa macam ni.Kerajaan Malaysia memang prihatin.Aku rasa macam nak menangis air mata darah je….

2)Berita 2

DUKEYg berita ni pulak pasa Lebuhraya DUTA-ULU KELANG EXPRESSWAY(DUKE) baru je bukak semalam.Highway ni start 2007 dah,tapi stop sekejap.Lepas sambung balik 2003,sampai la siap dua tiga hari lepas.Berita ni bagtau tol dia RM2,kekal sampai 2014.Wah!Murah betul!Yg buat highway ni mesti kontraktor2 kelas F yg untung pasal kerajaan bagi peruntukan lebih tu kan?Wah!Makan besar diorang ni.Highway ni memang bagus,sebab dia merentas KL,jadi contohnya kalau orang dari ulu klang nak pegi jalan duta,tak payah la masuk kl.Naik je,bayar RM2,terus sampai jalan duta.Lepas 2014,tak tau la bape ingggit pulak.Tapi tak kesah la,masa tu,rakyat Malaysia seme kaya2 dah.

3)Berita 3

israel laknatYg ini adalah pasal celaka Israel Laknatullah yg sombong,bongkak dan bodoh.Diorg abaikan gencatan senjata dari PBB(hahahaha….PBB ni ape ek?).Dulu masa belaja sejarah ke ape subjek tah,PBB ni  bunyiknya macam ada kuasa besar.Eh betul jugak.Cuba tgk masa kuwait-iraq perang dulu.PBB la yg berkuasa suruh Iraq gencat senjata.Masa Hizbollah serang dulu pun,PB jugak yg gencat senjata.Seme orang ikut.Eh tapi yg ni tak pulak.Mungkin sbb PBB guna English,si Yahudi Laknatullah ni mana paham English.Jadi diorang sambung je la keje terkutuk diorang tu.

4)Berita 4

maybankPasal ada orang bijak pandai,yg hantar email randomly,kat sape2 yg ada maybank punya akaun.Diorang anta email,bgtau suruh tukar password la,update data la seme la,lepas tu ada la orang terpedaya.Diorang akan guna password kita tu dan apa lagi,tindakan lepas tu tak payah la saya cakap kan.Masalahnya,benda ni bukan benda baru.Orang2 yg bukak email tu,takkan tak penah terpikir pasal benda2 ni.Even Maybank pun banyak kali dah peringat kat seme pasal scam ni seme,tapi ada jugak hamba Allah malang yg terpedaya.Kerajaan tak bole buat apa.Sebab kalau bole,dah lama dah orang yg bengong yg anta email ni,stop buat keje ni.Jenayah siber ni susah skit…

P/s:aik?deen,durbar seme bukak lagi kat melawati?bukan kena tutup 2 minggu ke?

h1

A tribute

09/01/2009

A Tribute